Thursday 12 November 2009

BINA IMEJ DIRI


"HARTA paling bernilai kepada setiap insan ialah imej dirinya...


Bila kita mempunyai imej diri yang yakin dan berani maka kita akan menyatakannya melalui tindak- tanduk kita, cara kita carry ourselves, pakaian, cara berjalan dan cara bercakap yang digambarkan melalui personaliti kita..

Sekiranya kita sentiasa menggambarkan keyakinan terhadap kejayaan masa lampau untuk mencapai matlamat ketika ini, peluang untuk berjaya adalah cerah. Tetapi sebaliknya jika kita takut membuat kesalahan, mengingati kegagalan2 yang telah lalu, kita akan menghadapi kegagalan sebelum kita memulakannya..

Oleh itu, kita mesti membuang segala peristiwa dan kegagalan yang lepas, @ apa jua perasaan negatif yang menyebabkan mental block, yang boleh menyekat arus tenaga kreatif terus mengalir dalam diri kita.

Kita mesti memberi ruang di bahagian mental kita untuk perkara yang positif. Dengan itu, kita mesti mempunyai motivasi yang kuat dan keupayaan untuk berubah




No comments:

Post a Comment